Connect with us

Oh! Media

‘Lawak Bodoh’ Cetus Amarah, Ryzal DurianKimchi Mohon Maaf Perlekeh Baju Tradisional Iban

Ryzal

Trending

‘Lawak Bodoh’ Cetus Amarah, Ryzal DurianKimchi Mohon Maaf Perlekeh Baju Tradisional Iban

Selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim menerima kecaman gara-gara memuat naik gurauan bersama isteri dikatakan memperlekeh pakaian tradisional masyarakat Iban.

Di dalam video tersebut, Ryzal mendakwa kain yang dipakai seperti ‘kain buruk’ dan ‘alas meja’ sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Bukan sahaja mengundang kemarahan orang ramai, selebriti seperti Faye Kusyairi dan Bob Yusof turut mengecam tindakan sensitif pasangan popular Durian Kimchi tersebut.

IKLAN

Tidak hanya berdiam diri, Ryzal menerusi perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf di atas ‘lawak bodoh’ tersebut. Ryzal menjelaskan dia hanya bergurau dan tiada niat mahu menghina mana-mana pihak.

Rizal

Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam.

Saya akui ianya gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.

Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan Pakaian Tradisional Iban.

Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua.

Sekali lagi, saya minta maaf.

Tidak cukup dengan permohonan maaf secara bertulis, Ryzal turut memuat naik video menyatakan kekesalan. Dia mengakui kesilapan dan bertanggungjawab di atas tutur kata yang dikeluarkannya itu.

Kredit: Ryzal Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas