Connect with us

Oh! Media

(Video) Makanan Habis Rosak, Nad Zainal Bengang Dengan Restoran Popular

Oh! Artis

(Video) Makanan Habis Rosak, Nad Zainal Bengang Dengan Restoran Popular

Pernah dengar tak orang cakap, ‘Don’t mess with hungry people’? Haa itu lah yang berlaku kepada pelakon terkenal Nad Zainal.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini Nad Zainal telah memuat naik video di Insta story miliknya sambil meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada servis sebuah restoran makanan yang popular di Malaysia.

Menurut video yang telah dimuat naik itu, Nad dikatakan telah membuat pesanan makanan secara ‘online’. Tetapi apabila makanan itu dihantar ke rumahnya, Nad telah menyedari sesuatu yang tidak menyenangkan selepas dia melihat keadaan makanan yang dipesannya itu.

Pelakon itu berang kerana air yang diterimanya telah tumpah dan penyek, dan turut terkena kepada makanan lain yang dipesan sehingga makanan itu dikatakan sudah tidak boleh dimakan.

Tidak mahu menyalahkan ‘rider’, sebaliknya Nad berkata sepatutnya restoran itu membungkus makanan dan minuman yang dipesan itu dengan baik.

Branch dah banyak, rasanya lagi kaya dari restoran lain, takkan lah nak ‘seal’ air pun tak reti. Agak-agaklah, nak makan macam mana, dah masuk dalam ayam ni semua. ‘Come on’.

Kedai runcit, kedai makan tomyam tepi jalan pun pandai ‘seal’ air. – Kata Nad.

Nad turut berpesan lagi kepada restoran makanan itu supaya lebih jujur dan teliti ketika berniaga.

Jangan macam tu sebab kita bayar, bayar ‘exact amount’ yang sama. Kita takkan marah rider sebab kita tahu takkan dia nak bawak motor tu macam unta, baik dia naik unta. – Katanya di dalam video.

Melihat video yang tular di laman sosial itu, Netizen juga tidak ketinggalan untuk memberikan komen lucu dengan mengaitkan situasi itu dengan drama Takdir Yang Tertulis yang sedang hangat ditayangkan di saluran TV3.

Hahaha sempat lagi netizen ni eh. Apapun, kami harap Nad dan pihak pengurusan restoran tu dapat selesaikan isu ni dengan baik.

Kredit: Nad Zainal, @AzlilAdzif

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas