Connect with us

Oh! Media

Mahu Dikebumikan Di Perkuburan Baqi, Lan Pet Pet Berhijrah Ke Madinah Tahun Depan

Ohmedia rwwerr

Oh! Artis

Mahu Dikebumikan Di Perkuburan Baqi, Lan Pet Pet Berhijrah Ke Madinah Tahun Depan

Pelawak legenda tanah air, Lan Pet Pet atau nama sebenar Mazlan Ahmad bersama keluarganya bakal berhijrah ke Madinah, tahun hadapan dengan hasrat mahu meninggal dan dikebumikan di sana.

Sepatutnya tahun ini tetapi terpaksa tangguh demi Senario

Se
Kredit foto Berita HarianNSTP

Menurut Lan, perancangan beliau dan keluarga berpindah ke Madinah adalah tahun ini tetapi hasrat itu ditangguhkan demi memenuhi permintaan isteri Allahyarham Hamdan untuk terus bersama Senario.

Lan turut berkongsi bahawa minggu hadapan, beliau akan berangkat menunaikan umrah bersama keluarga serta menjalankan pemantauan yang perluk di sana.

IKLAN

Perpindahan ini merupakan cita-cita Lan sejak kecil lagi

Lan 2
Kredit foto Nona

Anggota kumpulan Senario itu juga berkongsi perpindahan ini adalah impiannya sejak kecil dan jika mengikut perancangan ianya tidak lama lagi akan menjadi kenyataan.

Cita-cita sejak kecil memang nak tinggal berhampiran dengan Rasulullah. Saya tanya isteri adakah bersedia dikebumikan di Madinah jika umur tak panjang?-Katanya

Jelas Lan, apabila isterinya bersetuju. Beliau tidak mahu menangguhkan lagi dan berharap jika ada rezeki akan membawa isteri dan anak-anak berhijrah ke sana sekali.

Hijrah ke Madinah, datang dengan tanggungjawab baru

Bg11
Kredit foto Smart Madinah City

Menurut Lan, dia akan menguruskan hotel dan restoran milik Al Maliki Group, malah visa sudah pun diuruskan syarikat.

Walaupun begitu, Lan berkata, kerjayanya di Malaysia tetap berjalan seperti biasa dan akan berulang-alik Madinah dan Kuala Lumpur. Tambah Lan, pada usia begini dia sudah penat membuat ‘review’ makanan dan restoran kerana terpaksa berlari ke sana-sini.

Di usia sekarang apa lagi yang ingin saya kejar? Saya hanya ingin dekatkan diri dengan Allah dan Rasul. Saya bersyukur dipertemukan dengan orang betul.-Jelas Lan

#OhmediaNasihat

Alhamdulillah, semoga kisah Lan Pet Pet ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ohmedia rwwerr

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas