Connect with us

Oh! Media

“Macam Tak Percaya, Allah Dengar Dan Kabulkan” – Sabri Yunus Dan Angeline Tan Gembira Dapat Apa Yang Diimpikan Bersama

Untitled Design   1

Oh! Artis

“Macam Tak Percaya, Allah Dengar Dan Kabulkan” – Sabri Yunus Dan Angeline Tan Gembira Dapat Apa Yang Diimpikan Bersama

Pasangan suami isteri, Sabri Yunus dan Angeline Tan telah menerima tawaran untuk menunaikan umrah daripada seorang individu. Alhamdulillah, rezeki betul tu!

BACA: Tahniah! Sabri Yunus Sah Bergelar Suami Kepada Ardini Angeline Tan

Menurut laporan sebuah portal, mereka pada awalnya melihat poster-poster umrah semasa fitting baju di Hotel Grand Barakah buatkan mereka ada niat untuk pergi ke sana.

IKLAN

Betul-betul sehari jer selepas kejadian itu, Sabri Yunus dan Angeline Tan menerima panggilan dari seorang individu dan beritahu tawaran itu. 

Macam tak percaya, Allah dengar dan kabulkan impian kami dalam tempoh tak sampai 24 jam. InsyaAllah, kami akan pergi selama dua minggu bermula 10 Disember.

Tambah Sabri, keinginannya membawa isteri ke sana adalah untuk membawa Angline menziarah tempat bersejarah dan belajar tentang agama Islam di sana kerana di Malaysia mungkin berlainan pemahamannya.

Menurut pelakon berumur 62 tahun ini, individu yang menawarkan mereka ke umrah itu merupakan pesara di Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang kini mempunyai agensi umrah tersendiri.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas