Connect with us

Oh! Media

Tahniah! Sabri Yunus Sah Bergelar Suami Kepada Ardini Angeline Tan

Sabri Yunus Angeline Tan

Oh! Artis

Tahniah! Sabri Yunus Sah Bergelar Suami Kepada Ardini Angeline Tan

Wah! Tahniah kami ucapkan buat pasangan pengantin baru pelakon dan pengarah tersohor Sabri Yunus dan Angeline Tan yang sah bergelar suami isteri sebentar tadi.

Berita gembira ini dikongsikan penyampai radio, Issey Fazlisham di Instagram. Dalam perkongsian gambar itu, kelihatan kedua mempelai sedondon memakai baju putih.

Di Instagram Story pula, penyanyi dikir barat ini berkongsi suasana akad nikah di dalam masjid dan sesi membatalkan air sembahyang di mana pengantin saling menyarungkan cincin.

IKLAN
Kahwin
Sabri Yunus Dan Angeline Tan

Siapa sangka dalam diam pasangan pelakon sitkom popular 1990-an Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini sudah tiga tahun merancang untuk berkahwin.

Sabri Yunus

Dalam laporan Utusan Malaysia, pelakon utama telefilem Pok Ya Congcodei ini memaklumkan beliau hanya menunggu kesediaan Angeline untuk memeluk Islam.

Kami mula betul-betul rapat tiga tahun lalu. Dua-dua pun pernah merasakan kehilangan. Susah senang, sihat sakit saling menemani.

Dengan penuh rasa syukur, isterinya berhijrah pada awal Oktober lalu dan mereka terus merancang untuk nikah.

Alhamdulilah selamat pengantin buat Lucy dan Wan Ismail Golok!

Kredit: Instagram Issey Fazlisham | Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas