Oh! Artis
“Macam Dah Lama Kenal” – Tak Kekok Peluk Cium Peminat, Netizen Puji Sikap Mesra Fazura
Jarang sekali terpalit dengan kontroversi, selebriti jelita, Fazura dikenali sebagai salah seorang artis yang peramah dan tidak sombong dengan peminat.
BACA: ‘Menangis’ Tengok Orang Pakai Tudung Jenamanya, Netizen Sebak Lihat Reaksi Fazura
Sama ada di media sosial atau bertentang mata, Fazura mempunyai satu karakter yang mudah didekati ramai. Pendek kata Fazura langsung tak nampak kekok dan menghargai peminat sebaiknya.
Seperti video viral di TikTok ini, Fazura dilihat menyambut kedatangan peminat berumur lingkungan 50-an ke pentas dengan pelukan dan ciuman di bahagian pipi.
@fazura.klang.shahalam Siapa potong bawang ni 😭😭😭 #fyp #fypシ #foryou #fypage #fazura #tudungfazura #tudungbawal ♬ Alhamdulillah – Opick & Amanda
Difahamkan, majlis itu adalah khas untuk sesi Meet & Greet Fazura bersama peminat-peminatnya. Fazura dilihat berbual mesra dan gembira meskipun senyumannya tersorok di sebalik pelitup muka.



Di ruangan komen, anak kepada makcik itu mengakui pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu sangat merendah diri orangnya. Malah, peminat yang lain turut meluahkan rasa beruntungnya Fattah Amin memiliki isteri seperti Fazura.
Kredit: TikTok @fazura.klang.shahalam
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM