Connect with us

Oh! Media

‘Menangis’ Tengok Orang Pakai Tudung Jenamanya, Netizen Sebak Lihat Reaksi Fazura

Fazura

Oh! Artis

‘Menangis’ Tengok Orang Pakai Tudung Jenamanya, Netizen Sebak Lihat Reaksi Fazura

Sebelum ini, pelakon tanah air, Fazura pernah menjadi perhatian selepas berjaya menjual tudung jenamanya sehingga kehabisan stok dalam beberapa jam sahaja.

BACA: Niat Membantu, Fazura Sebak Tudung Bernilai RM2.16 Juta ‘Sold Out’

Fazura juga mengakui menjual tudung tersebut dengan harga mampu milik supaya semua orang mampu membeli produknya itu.

IKLAN

Selain itu, pelakon berusia 38 tahun itu juga turut rajin membuat toturial cara mengenakan tudung jenamanya itu menerusi siaran langsung di Instagram.

Tidak hairanlah jika orang ramai terus memberikan sokong terhadap produknya itu, dah lah mampu milik, jenis-jenis tudungnya juga turut menarik perhatian ramai.

Terharu tengok orang pakai tudung jenamanya

Baru-baru ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin telah melakukan live di Instagram miliknya bagi menunjukkan gaya pemakaian tudungnya.

Namun, suasana terus menjadi sepi selepas Fazura dilihat berdiam diri kerana terlihat seorang wanita yang memakai tudung jenamanya.

Melihat situasi itu, pelakon itu turut berteriak dan sebak kerana mengakui sangat terharu melihat seseorang yang mengenakan produknya itu.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama fazurafave memaparkan aksi Fazura yang dilihat sangat menghargai setiap peminat tudung jenamanya.

Link TikTok

Netizen turut rasa sebak

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut sebak dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Fazura selain memuji sikap pelakon itu.

Screenshot 1389
Screenshot 1390
Screenshot 1391
Screenshot 1392

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta tontonan serta mendapat 128,300 tanda suka.

Kredit: TikTok fazurafave

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas