Connect with us

Oh! Media

Lebih 25,000 Penonton Hadir, Billie Eilish Dijangka Kutip Lebih RM12 Juta Untuk 2 Jam

billie eilish

Oh! Artis

Lebih 25,000 Penonton Hadir, Billie Eilish Dijangka Kutip Lebih RM12 Juta Untuk 2 Jam

Konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya melabuhkan tirainya malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Clear Billie Eilish Sebut Apa” – Khairul Aming Sedih ‘Sound System’ Kelaut

Walaupun ramai yang rasa tak puas hati hanya nampak bilis atas pentas sebab pentas jauh amat dengan speaker hauk, rasanya peminat Billie tetap akan rasa puas hati juga memandangkan ini kali pertama dia datang ke Malaysia.

Rasa macam dah lama kenal

Saya sayang anda semua. Saya tak jangka tenaga anda luar biasa sebegini. Walaupun pertama kali ke sini tapi rasa macam sudah lama kenal anda semua.

Ayat Billie atas ni mesti lah puji kita kan? Takkan dia nak cakap tak best datang Malaysia pula, hehe.

Apapun, kehadiran lebih 25,000 peminatnya sudah pasti membuatkan Billie terharu dan ia diakui sendiri oleh Billie.

Kita ambil tiket paling murah RM500 dengan kehadiran 25k peminat, boleh kutip tiket RM12.5 juta tu..

Saya bersyukur sangat ada peminat seperti anda. Anda memang buatkan kedatangan saya ke sini lebih berbaloi dan benar-benar besar maknanya.

Kalau lihat Billie malam tadi, dia berjaya hiburkan peminatnya dengan persembahan yang sangat bertenaga dan penuh penghayatan dalam tempoh hampir 2 jam.

Billie yang turut ditemani abangnya, Finneas yang bermain beberapa alat muzik menyanyikan lagu Bad Guy, Happier Than Ever, You Should See Me In A Crown, Bellyache, All The Good Girls Go To Hell, Bury A Friend, When The Party’s Over, I Love You, Everything I Wanted dan banyak lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas