Connect with us

Oh! Media

“Tak Clear Billie Eilish Sebut Apa” – Khairul Aming Sedih ‘Sound System’ Kelaut

Khairul Aming

Oh! Tidak

“Tak Clear Billie Eilish Sebut Apa” – Khairul Aming Sedih ‘Sound System’ Kelaut

Semalam, penyanyi antarabangsa Billie Eilish telah membuat persembahan julung kalinya di Malaysia dalam siri konsert ‘Happier Than Ever World Tour’ yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Maka dengan itu, berduyun-duyun peminat telah hadir bagi menyaksikan sendiri penyanyi itu beraksi di atas pentas termasuklah golongan selebriti, dan‘influencer’ yang turut tidak ketinggalan menyaksikan konsert tersebut.

Namun, tular pula di media sosial apabila netizen yang menghadiri acara itu tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan dari awal sehinggalah akhir konsert.

Seperti contoh, usahawan Khairul Aming menerusi satu ciapannya, sistem suara di konsert tersebut sangatlah menyedihkan kerana dia dan rakan-rakannya yang lain tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba disampaikan Billie ketika di atas pentas.

Malah, kedudukan pentas yang sangat jauh juga membuatkan peminat yang hadir berasa tidak puas hati serta ‘layout’ pentas juga sangat berbeza dari realiti seperti yang dimaklumkan penganjur sebelum ini.

Beli Cat 2 yang harga dia RM5++ sebab tu antara seated yang paling dekat dengan stage la kan. Sekali jauh, dah la tak bawa teropong. Rasa macam tengok bola ya.

Selain itu, penyanyi Yazmin Aziz menerusi TikTok turut meluahkan rasa yang sama dan dia juga sempat berseloroh bahawa setiap pembelian tiket patutnya disertakan dengan binocular kerana kedudukan pentas yang sangat jauh.

Sudahlah tiket mahal, pandangan sesetengah peminat di tempat duduk juga ada yang terlindung dengan kehadiran khemah putih seperti biasa yang kita lihat di majlis kenduri. Kata netizen, ia sangat mengecewakan dan rasa seperti kena ‘scam’!

Sabar je lah ya peminat Billie Eilish semua…

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas