Connect with us

Oh! Media

“Awak Nombor Satu” – Persembahan Nikki Terima ‘Standing Ovation’, Aliff Aziz Kekal Konsisten

Oh! Artis

“Awak Nombor Satu” – Persembahan Nikki Terima ‘Standing Ovation’, Aliff Aziz Kekal Konsisten

Semalam telah berlangsungnya minggu ketiga bagi rancangan realiti, Gegar Vaganza musim ke-8 dan hampir kesemua peserta memberikan persembahan yang memukau.

ADVERTISEMENT

BACA: “Macam Tengok Konsert Senario” – Persembahan Apek Dan Yassin Terima Pujian Ramai

Dengan bertemakan ‘Segalanyaku Terima’, segelintir peserta dilihat telah mendendangkan lagu yang lari dari genre asal. Namun, hampir semua perserta berjaya membawa lagu masing-masing.

Bagaimanapun, selepas dua minggu tiada penyingkiran, kumpulan Niko menjadi peserta pertama yang tersingkir selepas meraih markah paling rendah iaitu 50.10%.

Persembahan Aliff Aziz, Saiful Apek dan Yassin tarik perhatian ramai

Sementara itu, wakil dari Singapura, Aliff Aziz masih kekal konsisten memberikan persembahan yang menarik selepas membawa lagu bertemakan rock berjudul Kasihnya Laila.

Penyanyi berusia 30 tahun itu sudah dua minggu mengungguli tempat pertama. Walaupun minggu ketiga hanya menduduki tangga ke-2, namun perbezaan markah dengan tempat pertama tidak beberapa jauh.

Aliff Aziz berjaya meraih markah setinggi 83.90% sehingga juri jemputan, Dato’ AC Mizal memuji persembahannya yang berjaya membawa karakter lagu tersebut dengan cemerlang.

Selain itu, peserta yang dikira underdog dalam edisi kali ini, Saiful Apek dan Yassin (SA.YA) sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas membawa lagu berjudul Better Man.

Pada awal pemilihan lagu tersebut, terdapat segelintir netizen yang menyangka mereka akan menghadapi masalah untuk membawa lagu bergenra balada ini.

Namun, andaian mereka silap selepas mereka berdua berjaya membawa lagu tersebut dengan santai serta menduduki tangga ke-3 dengan meraih 73.70% markah.

Nikki Palikat terima undian tertinggi, terima ‘Standing Ovation’ dari juri

Bagaimanapun, salah seorang peserta yang mencuri perhatian ramai, Nikki Palikat berjaya merampas tahta tempat pertama daripada Aliff Aziz pada minggu ke-3.

Dengan membawa lagu berjudul Semalam, Nikki menerima markah tertinggi iaitu 84.80% selepas menampilkan persembahan yang berkualiti sehingga menerima standing Ovation daripada semua juri.

Mana tidaknya, nyanyian yang merdu serta vokal yang dilihat tinggi sudah cukup menaikkan ‘bulu roma’ juri serta penonton yang hadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Dalam pada itu, Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi diberikan kepada Aweera menerusi undian peminat di laman web rasmi GV8 manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak dikurniakan kepada SA.YA hasil undian yang diterima di Laman Facebook Astro Gempak.

Kredit: Youtube dan Instagram Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas