
Oh! Artis
Khairul Aming Dedah Sisi Gelap
Khairul Aming dedah bahaya bergantung sepenuhnya pada paid review dan populariti.
Khairul Aming dah bersuara tu. Zaman sekarang, makin ramai anak muda rasa pelajaran bukan lagi keutamaan. Cukup kalau ada ramai followers, dah boleh hidup senang dengan jadi influencer.
Tapi realitinya tak seindah yang dibayangkan. Ramai yang mengharap buat paid review je dah cukup untuk jana pendapatan mewah.
Pempengaruh popular dalam dunia masakan, Khairul Aming tampil beri teguran yang sangat berharga buat generasi content creator hari ini.
Kalau bergantung dekat paid review boleh survive untuk jangka pendek sahaja (kurang dari 5 tahun, bahkan ramai tidak boleh survive lebih dari 3 tahun).
Khairul Aming bagi gambaran bila engagement jatuh, income pun menyusut…

Menurut beliau, dalam dunia influencer ni, semua bergantung kepada engagement dan sejauh mana korang masih relevan dalam pasaran.
Rate card anda bergantung kepada engagement dan kerevelanan anda dalam pasaran. Semakin hari semakin ramai content creators, dan semakin susah nak bersaing untuk dapatkan engagement, serta semakin susah nak kekal relevan. Jenama akan memilih siapa sahaja yang relevan pada waktu itu.
Tambah Khairul Aming, bila persaingan makin sengit, influencer mula sanggup buang harga demi dapatkan job paid review.
Sebab itu industri ini (influencer, paid review) nampak mewah, tapi tidak tahan lama kalau tidak jaga penjenamaan peribadi dan tidak alihkan sumber pendapatan kepada perniagaan atau lain-lain.

Pssttt! Betul kata Khairul Aming, jadi influencer ni memang nampak glamor, tapi kalau hanya bergantung pada paid review, silap haribulan terperangkap dalam permainan buang harga. Ilmu tetap penting, dan penjenamaan jangka panjang jauh lebih berharga dari sekadar viral sekejap. Jangan kejar populariti sampai lupa realiti.
Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
