Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Orang Tak Suka Auntie Watie?” – Anak-Anak Shuib

Oh! Artis

“Kenapa Orang Tak Suka Auntie Watie?” – Anak-Anak Shuib

Sejak akhir-akhir ini, kecoh mengenai pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang dikatakan sedang menjalin cinta dengan seorang wanita bernama Watie.

ADVERTISEMENT

BACA: “Yang Kenal Dan Dikatakan Bercinta Dengan Watie Adalah Saya” – Shuib Minta Netizen Tak Pertikai Berkawan Rapat Dengan Watie

Namun begitu, kisah percintaan Shuib itu tidak dipersetujui rata-rata netizen dengan mendakwa suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah itu boleh mendapatkan calon wanita yang lebih baik.

Anak-anak Shuib hairan kenapa orang tak suka Watie

Terbaru, Shuib yang ditemui Berita Harian memaklumkan bahawa anak-anaknya ada mengajukan soalan kepadanya berhubung perkara tersebut baru-baru ini.

Kenapa orang tak suka Auntie Watie? Apa salah dia?

Shuib turut mendedahkan bahawa anak-anaknya sudah lama mengetahui mengenai kehadiran Watie dalam hidupnya.

Anak-anak sudah lama tahu hubungan kami tapi mereka hanya diam. Apabila perkara itu diketahui umum, anak-anak mula mengusik saya.

Dalam pada itu, Shuib menafikan desas desus yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie dalam masa terdekat.

Kalau ada perancangan seterusnya, saya akan cakap. Saya memang sedang berkawan dengan dia (Watie). Tetapi untuk lebih daripada itu, masih belum ada perancangan.

Selebihnya kita kena berserah termasuk soal jodoh di mana saya serahkan kepada Allah. Cuma kadang-kadang apabila perkara itu tidak betul, saya kena cakap perkara yang sebenar.

Bagaimanapun, sudah tentu saya hendak yang terbaik dalam hidup. Saya sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan jalan dan hadirkan orang yang baik dalam hidup saya.

Untuk info, hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib dikurniakan empat cahaya iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum arwah meninggal dunia sekitar Ogos tahun lalu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas