Connect with us

Oh! Media

“Yang Kenal Dan Dikatakan Bercinta Dengan Watie Adalah Saya” – Shuib Minta Netizen Tak Pertikai Berkawan Rapat Dengan Watie

Oh! Artis

“Yang Kenal Dan Dikatakan Bercinta Dengan Watie Adalah Saya” – Shuib Minta Netizen Tak Pertikai Berkawan Rapat Dengan Watie

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu meminta warganet untuk menghormati keputusannya menjalinkan hubungan rapat dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Anak-Anak Selesa” – Shuib Akhirnya Akui Sudah Temui Calon Isteri Dan Ibu Yang Sesuai

Shuib ketika dihubungi Berita Harian berpendapat bahawa tidak salah untuknya membuat pilihan kerana dia sama sekali tidak akan merosakkan kehidupannya dengan anak-anak.

Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya. Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang.

Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie. Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.

Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Dalam pada itu, Shuib mengakui dia faham bahawa peminat begitu mengambil berat tentang dirinya dan anak-anak namun, janganlah melakukannya secara berlebihan kerana perlu menjaga hati ramai pihak.

Tambah Shuib lagi, dia mendahulukan ibu dan anak-anaknya setiap kali ingin melakukan apa-apa keputusan, manakala keinginan diri jatuh nombor tiga.

Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.

Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.

Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka.

Shuib turut mendedahkan bahawa dia dan Watie kini sedang dalam fasa mengenali hati budi bersama ibu dan anak-anaknya dan menyangkal dakwaan bahawa bakal menamatkan zaman duda dengan Watie.

Menurut Shuib, tiada sebarang perancangan dibuat mengenai perkara itu dan perjalanan ke arah perkahwinan masih jauh.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas