Connect with us

Oh! Media

“Kena Buat ‘Hal’ Baru Popular” – Altimet Kongsi Nasihat Yang Pernah Diterimanya

Oh! Artis

“Kena Buat ‘Hal’ Baru Popular” – Altimet Kongsi Nasihat Yang Pernah Diterimanya

Siapa tak kenal dengan Altimet seorang penyanyi rap dan penulis lagu yang telah mencetuskan revolusi dalam industri muzik dengan hasil karyanya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Aku Dah Penat!” – Altimet Akui Penat Tanggung Kerugian Perniagaannya Semasa Pandemik

Pada awal kariernya, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad memulakan kerjaya muzik dengan menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew pada tahun 1999.

Selain bidang muzik, dia juga turut menunjukkan minat dalam bidang poltik dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April 2021.

Namun selama penglibatannya selama 22 tahun dalam industri, nama Altimet sangat jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi dan dianggap sebagai seorang yang berdisiplin.

Altimet kongsi nasihat diterimanya

Sejak akhir-akhir ini, dilihat semakin ramai artis tempatan yang mempunyai isu atau kontroversi dan sedikit sebanyak telah menaikkan nama mereka.

Perkara sama juga turut dinyatakan oleh Altimet yang telah berkongsi antara nasihat yang pernah diterima semasa karier muziknya.

Luahan itu dikongsi melalui laman Twitter miliknya setelah memberi respon balas terhadap ciapan seorang komposer terkenal, Fedtri Yahya.

Menurut ciapan itu, Fedtri Yahya telah bertanyakan kepada pengikutnya berkenaan nasihat tidak berguna yang pernah mereka terima.

Kemudian, penyanyi rap itu membalas dengan menyatakan bahawa dirinya pernah dinasihati agar menimbulkan kontroversi untuk namanya lebih dikenali.

Kau kena ada kontroversi, ada skandal. Baru nama naik dalam industri ini. Takkan nak harapkan orang suka lagu saja.

Kita rancang cerita kau pergi kelab malam, sediakan jurugambar dekat luar ambil gambar kau, ok? Ya tidak.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut bersetuju dengan kenyataan penyanyi itu selain mengatakan nasihat tersebut adalah tidak berguna buat dirinya.

Setakat ini, ciapannya itu telah mencapai sebanyak 1,197 tweet semula serta 3,093 tanda suka.

Kredit: Twitter Altimet

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas