Connect with us

Oh! Media

“Aku Dah Penat!” – Altimet Akui Penat Tanggung Kerugian Perniagaannya Semasa Pandemik

Altimet Penat

Oh! Artis

“Aku Dah Penat!” – Altimet Akui Penat Tanggung Kerugian Perniagaannya Semasa Pandemik

Penyanyi dan juga komposer, Altimet baru-baru ini telah berkongsi luahan hati di laman Instagram miliknya mengakui bahawa beliau sudah penat untuk berdepan dengan pandemik selain turut berasa terkesan dari segi pendapatannya.

Altimet atau nama sebenarnya,  Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad melalui hantarannya mengakui bahawa beliau sudah banyak berkorban demi kebaikan negara dengan mengetepikan kehendak peribadi.

Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi untuk kebaikan semua. Mahu negara kita pulih balik kalahkan pandemik ini.

Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku. Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan-kawan aku kena lepaskan jadi penganggur.Aku dah penat beli barang niagaan kawan-kawan industri hiburan yang terpaksa berniaga sebab tidak ada job (kerja).

Tambahnya lagi, beliau juga turut berasa kesian terhadap anak-anaknya yang tidak bebas untuk bersosial oleh sebab pandemik ini.

IKLAN

Aku penat nak jelaskan pada anak-anak kenapa dia tidak dapat bermain dengan saudara-mara dia, kawan-kawan dia dan aku kasihan tengok mereka sebab perkembangan sosial mereka terbantut.

Walaupun berasa terkesan dengan situasi sekarang, Altimet berharap agar orang atasan sedar dia dan masyarakat berasa penat dengan situasi pandemik yang melanda negara ini selain turut menyatakan beliau akan tetap menuruti prosedur operasi standard (SOP) walaupun sudah berasa penat.

Kredit: Kosmo!, Altimet

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas