Connect with us

Oh! Media

“Kalau Ustaz Atau PU Buat Hal, Tahu Pulak Senyap!” – Elvina Tempelek PU Syed Persoal Rakyat Bangga Dengan Michelle Yeoh

Elvina pu syed ohmedia

Oh! Artis

“Kalau Ustaz Atau PU Buat Hal, Tahu Pulak Senyap!” – Elvina Tempelek PU Syed Persoal Rakyat Bangga Dengan Michelle Yeoh

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pendakwah selebriti, PU Syed tampil mempertikaikan sikap mereka yang berbangga dengan kemenangan aktres Michelle Yeoh yang telah memenangi anugerah berprestij, Oscar.

BACA : “Tak Bermanfaat Kepada Urusan Agama” – PU Syed ‘Basuh’ Netizen Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Perkara itu membuatkan ramai yang mengundang rasa kurang senang termasuklah pelakon, Datin Elvina Mohamad yang turut meluahkan rasa sama di IG Story.

IKLAN
9a2386be a79a 4817 b051 d9da8901315b

Menurut Elvina, tidak salah untuk PU Syed mengucapkan tahniah terhadap kejayaan Michelle Yeoh daripada pertikaikan banyak hal.

Dalam pada masa yang sama, pelakon terbabit meluahkan rasa kesal kerana jika ada rakan seperjuangannya membuat hal, pendakwah tersebut tidak akan berkata apa-apa ataupun membuat sebarang postingteguran di platform media sosial.

Kalau para-para PU/DA’I/Ustaz buat hal, buat masalah takda pulak ustaz nak keluar kenyataan pape. Tau pulak sonyap!

Sekadar info, semalam tular satu kenyataan PU Syed ‘menasihati’ orang ramai untuk tidak berasa bangga dengan kemenangan Michelle Yeoh kerana ia sama sekali tidak memberi manfaat kepada urusan agama Islam.

Kredit: Instagram Elvina Mohamad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas