Connect with us

Oh! Media

“Tak Bermanfaat Kepada Urusan Agama” – PU Syed ‘Basuh’ Netizen Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Oh! Tidak

“Tak Bermanfaat Kepada Urusan Agama” – PU Syed ‘Basuh’ Netizen Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar

Pendakwah selebriti, PU Syed tampil mempertikaikan sikap mereka yang berbangga dengan kemenangan seorang rakyat Malaysia iaitu aktres Michelle Yeoh yang telah memenangi anugerah berprestij, Oscar semalam.

ADVERTISEMENT

Kata PU Syed, orang ramai tidak seharusnya berbangga dengan sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada urusan agama Islam.

Instagram PU Syed

Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?

Kita tidak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada urusan agama.

Hantaran status pendakwah itu kemudiannya menjemput pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Setuju sangat, tak membawa apa-apa faedah buat kita orang Islam.

Terdahulu, Anugerah Akademi ke-95 Oscar telah menyaksikan anak kelahiran Ipoh, Malaysia iaitu Michelle Yeoh membawa gelaran Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

Kemenangan Michelle Yeoh itu ternyata telah membuatkan rakyat Malaysia bangga kerana aktres itu telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas