Connect with us

Oh! Media

“Kalau Tak Boleh Tengok Saya Usaha, Block Je Saya” – Haqiem Stopa Tampil Jawab Isu Kedai Kotor

Ohmedia haqiem Stopa

Oh! Artis

“Kalau Tak Boleh Tengok Saya Usaha, Block Je Saya” – Haqiem Stopa Tampil Jawab Isu Kedai Kotor

Haqiem Stopa dedah situasi sebenar jawab dakwaan kedai ayam gepuk kotor.

Pempengaruh dan usahawan, Haqiem Stopa sekali lagi menjadi tumpuan apabila kedai ayam gepuk miliknya dikaitkan dengan dakwaan kotor.

Video keadaan kedai makan itu tular di media sosial di mana terdapat longgokan plastik berisi sampah dan peralatan yang tidak dibasuh.

BACA: “Kedai Dah Tutup Sebab Sewa Naik Mendadak” – Tular Video Kedai Ayam Gepuk Popular Kotor Teruk

IKLAN

Tak tunggu lama, Haqiem tampil bersuara menjawab segala dakwaan yang tular. Menerusi satu hantaran di TikTok, Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, menjelaskan bahawa kedai makan miliknya di Kuala Lumpur itu sebenarnya sudah lama tidak beroperasi.

“Masuk kedai yang dah terbiar lama, buat video kata macam-macam”

Tambahnya lagi, tindakan individu yang masuk ke premis yang telah lama terbiar dan memuat naik video berkenaan sangat tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej perniagaannya.

Haqiem Stopa

Haqiem turut memohon agar diberi ruang untuk mencari rezeki tanpa diganggu oleh spekulasi dan tuduhan tidak berasas.

Dia juga menitipkan pesanan supaya tidak mengganggu perjalanan hidup seseorang yang sedang berusaha keras dan dia sendiri tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.

Pssttt! Kadang-kadang orang lebih suka viralkan sesuatu daripada faham cerita sebenar. Kalau betul pun premis tu dah tak beroperasi, tak perlulah terus buat andaian sampai rosakkan imej orang. Semoga Haqiem terus kuat dan dilindungi dari sebarang fitnah.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas