Trending
“Kedai Dah Tutup Sebab Sewa Naik Mendadak” – Tular Video Kedai Ayam Gepuk Popular Kotor Teruk
Tular video premis ayam gepuk popular ditinggalkan dalam keadaan kotor dan busuk.
Lain yang viral, lain pula yang terbongkar! Baru-baru ini tular di Thread pendedahan seorang individu yang mendakwa kedai ayam gepuk popular di Kuala Lumpur tidak bersih.
Kedai tersebut dikatakan baru je ditutup disebabkan isu sewa yang dinaikkan secara mendadak.
Didakwa tutup akibat sewa naik
Apa yang mengejutkan, video tersebut memaparkan longgokan sampah bertimbun-timbun di dalam premis.

View on Threads
Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa premis itu tidak mempunyai kemudahan asas seperti grease trap dan kipas ekzos yang sesuai untuk operasi dapur.
Di ruangan komen, seorang individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kedai tampil menjelaskan situasi sebenar.



Individu itu mendakwa pihaknya sentiasa menjaga kebersihan kedai. Video diambil tanpa kebenaran ketika pihaknya sedang sibuk di festival makanan di Melaka.
Pssttt! Kalau betul dakwaan ni sahih, memang mengecewakan. Premis yang pernah popular dan jadi tumpuan ramai sepatutnya lebih bertanggungjawab, bukan tinggalkan premis dengan keadaan jijik macam tu.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.