Connect with us

Oh! Media

linda hashim

Oh! Artis

“Kalau Saya Dedahkan Susah Dia Nak Cari Nafkah” – Linda Hashim Nekad Fail Cerai Kali Ketiga

Tiada angin tiada ribut, rumahtangga pelakon Linda Hashim dan suaminya Beego sekali lagi berantakan.

Difahamkan, Linda sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur awal Januari lalu.

IKLAN

BACA: Rujuk Lepas 2 Minggu Cerai, Ini Cara Linda Hashim Dan Beego Baik Pulih Hubungan

Memetik laporan mStar, Linda mendedahkan mereka sebenarnya pernah bercerai buat kali kedua sebelum kembali rujuk pada penghujung 2023.

Linda, Beego sudah dua kali cerai sebelum ini

linda hashim

Namun, mereka tidak menghebahkan perkara berkenaan kerana bimbang dianggap mempermainkan perkahwinan.

Kali pertama kami bercerai pada Mac 2023 dan ketika itu kecoh kami rujuk semula sebulan kemudian. Tak ramai tahu yang kami bercerai buat kali kedua pada penghujung tahun sama namun kami rujuk semula di luar mahkamah.

Walaupun sudah cuba menyelamatkan perkahwinan selama 11 tahun, Linda akui sudah cukup bersabar dan nekad untuk memfailkan penceraian buat kali ketiga.

Berbulan-bulan saya dapatkan nasihat di mahkamah, pejabat agama, polis dan agamawan tentang perkahwinan saya ini. Saya sudah bagi peluang dan cuba perbaiki masalah yang sama selama 11 tahun kami bersama. Saya rasa cukuplah sampai di sini.

Linda bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar penceraian kerana mahu menjaga maruah suaminya, selain tidak mahu menyukarkan Beego mencari rezeki untuk anak-anak mereka.

Enggan dedah aib Beego

linda beego

Meskipun tidak lagi tinggal sebumbung, Linda mengaku Beego ada menghubunginya berkenaan anak dan berusaha memujuknya.

Namun, Linda tidak pasti sama ada Beego ikhlas meminta maaf kerana kerap melakukan kesalahan yang sama.

Dia tahu apa yang berlaku adalah salah dia. Beego ada pujuk dan minta maaf tapi saya tidak tahu dia ikhlas atau pun tidak. Dia pujuk tapi masih lakukan perkara yang sama.

Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

#OhmediaNasihat

Untuk menamatkan hubungan yang sudah dibina selama 11 tahun bukanlah mudah, semestinya Linda sudah memikirkan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Apa-apa pun didoakan semoga urusannya dipermudahkan.

linda hashim

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas