Connect with us

Oh! Media

Rujuk Lepas 2 Minggu Cerai, Ini Cara Linda Hashim Dan Beego Baik Pulih Hubungan

linda hashim

Oh! Artis

Rujuk Lepas 2 Minggu Cerai, Ini Cara Linda Hashim Dan Beego Baik Pulih Hubungan

Tiada angin tiada ribut, pasangan Linda Hashim dan Beego menjadi bualan ramai selepas dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

BACA: Linda Hashim Akui Ini Sebab Bercerai Dengan Beego, Tapi Dah Rujuk Semula

Kehadiran mereka sebenarnya adalah untuk membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas rujuk kembali ketika masih dalam edah.

Pasangan itu dilaporkan bercerai talak satu pada 27 Mac namun kembali bersama dua minggu kemudian iaitu pada 9 April lalu.

Linda dedah punca rujuk selepas 2 minggu cerai

Pastinya tindakan pasangan ini menyelesaikan masalah secara senyap-senyap mengundang respon positif daripada orang ramai.

linda hashim

Menurut Linda, berkat bulan Ramadan, dia dan suami berjaya membuang ego masing-masing demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina 10 tahun lalu.

Pelakon ini berkata, hal cerai bukan perkara main-main. Dia sendiri tak tahu hati berbolak-balik sedangkan sebelum bercerai mereka sudah ada kata putus masing-masing.

Tapi, saya terus berdoa, solat hajat sebab nak terbaik untuk kita dan diri masing-masing. Alhamdulillah, kuasa Allah pada bulan puasa pula dan doa memang mudah dimakbulkan. Lagi pula, setiap malam kita berdoa. Jadi, memang nampaklah ini semua jalan Allah, takdir Allah itu memang cantik.

Selain berdoa, Linda dan Beego juga duduk berbincang berdua untuk memahami hati masing-masing termasuklah anak.

Buang ego dan bersihkan hati

linda hashim beego

Ketika berbincang hanya mereka berdua sahaja tanpa membabitkan pihak lain termasuklah keluarga. Ujar Linda, dalam hal rumah tangga sebenarnya hanya pasangan yang tahu perkara sebenar.

Jadi, kalau nak buat keputusan itu biar antara kita berdua saja demi diri masing-masing, anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, anak-anak memang menjadi kekuatan kami. Insya-Allah, kami harap ikatan yang disambung ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Pasangan yang mempunyai tiga orang cahaya mata ini membuang ego yang ada dalam diri, membersihkan hati, serta bermuhasabah untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas