Connect with us

Oh! Media

“Kalau Dah Jodoh Nak Buat Macam Mana” – Roslan Shah Nak kahwin Dengan Datuk Vida?

Oh! Artis

“Kalau Dah Jodoh Nak Buat Macam Mana” – Roslan Shah Nak kahwin Dengan Datuk Vida?

Baru-baru ini, masyarakat disaksikan dengan deretan peristiwa melibatkan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida bersama Iqbal Zulkefli yang ingin melangsungkan perkahwinan.

ADVERTISEMENT

BACA: Iqbal Putus Asa Kahwini DS Vida?

Namun, hubungan mereka dilihat terhalang selepas anak kepada Datuk Vida yang tidak merestui perkahwinan mereka sehingga pelbagai kontroversi melanda.

Bagaimanapun, usahawan muda itu dilihat berputus asa dengan tidak ingin memaksa mana-mana pihak dan hanya bergantung kepada takdir sekiranya jodoh mereka bersama.

Bermimpi berkahwin dengan Datuk Vida

Disebalik deretan peristiwa itu, terdapat pula seorang individu yang muncul seperti memberikan bayangan ingin mengahwini usahawan kosmetik itu.

Hal itu diluahkan oleh seorang pelakon dan pengacara tempatan, Roslan Shah di media sosial miliknya. Namun, ia bukanlah perkara yang serius tetapi hanyalah sebuah mimpi.

Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram yang menceritakan bahawa dirinya bermimpi berkahwin dengan Vida dan direstui oleh anak-anak usahawan kosmetik itu.

Banyak sangat keluar cerita Datuk Seri Vida nak kahwin. Pagi tadi bangun tidur, Cik Lan teringat mimpi berkahwin dengan Datuk Seri Vida pula tiba-tiba.

Cik B dan Kacak terima Cik Lan seadanya hahaha. Mimpi kali pertama.

Kalau dah jodoh nak buat macam mana

Menerusi ruangan kepsyen, Roslan atau nama sebenarnya Roslan Udin dengan berjenaka berasa lega perkara itu hanyalah satu mimpi dan bukan kenyataan.

Namun, dia juga tidak menolak andai dirinya berjodohan dengan usahawan popular dan penyanyi lagu I Am Me, Datuk Seri Vida jika ditakdirkan jodoh mereka bersama suatu hari nanti.

Selain tu, dia juga sempat berseloroh dengan menyatakan tentang nafkah yang ingin diberikan kepada anak-anak Datuk Vida.

Selamat cuma mimpi. Tapi kalau sudah berjodoh, nak buat macam mana ya. Cik Lan tak mampu nak beri satu bulan satu juta.

Saya mampu kasi makan rojak buah Maznah Ke Tu saja. Cik Lan orang miskinlah. Ini gambar kenangan Cik B dan Kacak semasa kecil dulu ya.

Netizen turut terhibur

Dalam pada itu, hantaran yang dibuat Roslan bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian tersebut.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai 706 tanda suka serta seramai 46 orang telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram Roslan Shah I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas