Connect with us

Oh! Media

“Kalau Betul Sakit, Kenapa Tak Ke Hospital Dapatkan Rawatan?” – Ameng Spring

Amengspringyasin

Oh! Artis

“Kalau Betul Sakit, Kenapa Tak Ke Hospital Dapatkan Rawatan?” – Ameng Spring

Penyanyi kumpulan Spring, Ameng, 54, membidas ‘permintaan’ penyanyi Yasin Sulaiman yang meminta agar kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula.

BACA: “Tak Wajar Jenayahkan Kanabis, Ia Bukan Dadah Semata-Mata” – Yasin Sulaiman

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail ketika ditemui Harian Metro beranggapan permintaan tersebut adalah sangat tidak wajar.

IKLAN

Ameng yang pernah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan dadah pada 2011 itu juga berpendapat bahawa ganja tergolong dalam kategori dadah kerana mengkhayalkan dan bukanlah sejenis ubat.

Ganja itu dalam kategori dadah. Kalau nak cakap membantu dari segi perubatan banyak alternatif lain untuk tujuan itu. Kenapa nak kena gunakan ganja? Ganja itu menghayalkan dan bukannya ubat. Saya tahulah, sebab saya pernah terbabit dengan ganja.

Ganja itu bukan ubat untuk menyembuhkan penyakit. Kalau nak berubat pergi jumpa pakar dan ambil ubat terkawal. Baru betul untuk perubatan. Kalau betul sakit, kenapa tidak ke hospital dapatkan rawatan? Kenapa perlu ke arah benda tu (ganja).

Menurutnya, sekiranya permintaan Yasin itu diluluskan adalah tidak adil buat mereka yang sebelum ini terpaksa menghadapi hukuman atas perbuatan yang berkaitan dengan dadah tersebut.

Kalau dia (Yasin) kata nak minta kerajaan mengkaji semula undang-undang sedia ada, nak cakap apa kepada keluarga pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman sebelum ini? Dalam penjara tu ada beratus yang ditahan atas kesalahan sama dan sedang menanti hukuman. Apa perasaan mereka dan keluarga mereka?

Macam saya yang sudah kena penjara dan 10 kali sebatan, apa perasaan saya? Buat yang kena gantung dan penjara seumur hidup, apa cerita?

Ameng turut berpendapat bahawa jumlah jenayah dan penagih dadah dalam negara sekiranya tindakan melonggarkan hukuman sedia dilakukan.

Kalau kata nak longgarkan undang-undang, habis jenayah macam mana? Adakah makin kurang atau bertambah? Sedangkan hukuman sedia ada pun orang tak takut. Malah, ada yang pernah dihukum dan kena sebat tak serik lagi. Masih buat jenayah sama dengan keluar masuk penjara.

Saya tidak bersetuju jika nak bubar dan kaji semula undang-undang ini. Saya reda degan hukuman yang dijatuhkan sebab saya tahu saya memang bersalah.

Terdahulu, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman berharap YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik undang-undang lapuk yang tidak menepati perkembangan dan peradaban termasuk kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 ketika ditemui selepas prosiding kes dadahnya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas