Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik” – Almy Nadia Sempurna Di Mata Fizz Fairuz

Pelakon Datuk Fizz Fairuz menganggap isterinya, Datin Almy Nadia sebagai seorang isteri yang cukup sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Meskipun ramai yang mengutuk bentuk fizikal isterinya, pelakon ini langsung tak kisah kerana dia sebagai suami suka isterinya begitu dan menerima seadanya.

IKLAN

BACA: Almy Nadia Mengamuk Dikritik Gemuk, Mengaku Tertekan

Menerusi perkongsian kepada Kosmo!, bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, dia tetap mencintai dan menyayangi Almy Nadia sepenuh hati.

Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik.

Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah. Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik.

Pelakon ini juga mengaku sering menerima saranan daripada orang sekeliling supaya isteri menurunkan berat badan. Dia sendiri pernah memberi galakan tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.

Almy nak uruskan rumah dan keluarga sendiri, tak mahu pembantu

Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?

Jelasnya lagi, dia mahu ambil pembantu rumah tetapi Almy menolak kerana lebih selesa menguruskan rumah dan anak-anak sendiri.

Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.

Itulah pengorbanan seorang ibu demi melahirkan zuriat kan? Almy pun beruntung dapat suami penyayang macam Fizz ni.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas