Connect with us

Oh! Media

Kak Lina Pom Pom Undur Diri Dari GV10 Hanya Gimik? Ini Penjelasan Tuan Badan

Untitled Design   1

Oh! Artis

Kak Lina Pom Pom Undur Diri Dari GV10 Hanya Gimik? Ini Penjelasan Tuan Badan

Semalam kami melaporkan pengacara terkenal, Elly Mazlien atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sah undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza.

BACA: Kak Lina Pom Pom Sah Tarik Diri Sebagai Pengacara All Stars Gegar Vaganza, Ini Sebabnya..

Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan bahawa ianya hanyalah gimik semata. Maklumlah, sebelum ni pun Kak Lina ada umum undur diri tapi main-main jer.

IKLAN
Untitled Design   1

Menurut laporan Harian Metro, Kak Lina sekali lagi menegaskan bahawa pengundurannya bagi mengacara All Stars Gegar Vaganza adalah benar.

Ini semua bukan gimik seperti yang Nabil Ahmad katakan. Ini keputusan muktamad yang sudah dibuat dan saya akan tinggalkan pentas Gegar Vaganza buat selama-lamanya.

Bukan tu jer, Kak Lina juga berkata yang perkara ini juga sama sekali tiada kaitan dengan masalah rumah tangganya ataupun sedang hamil.

Ini semua bukan salah Astro. Saya tidak akan bersama dengan Gegar Vaganza lagi. Ini semua keputusan saya sendiri.

Saya tidak mengandung. Hubungan dengan suami dan anak-anak pun baik-baik saja, Alhamdulillah.

Walaupun tidak lagi terlibat dalam program itu, Kak Lina berkata yang dia tetap akan berikan sokongan kesemua peserta.

Teruskan menyokong kesayangan saya yang sedang bertanding dalam ASGV. Kepada bintang ASGV saya akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik.

Terima kasih di atas kata-kata semangat  dan kasih sayang. Insya Allah kita jumpa dalam program Astro nanti. 

Hanya di Gegar Vaganza saja saya tiada.  Saya sayang kalian semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas