Connect with us

Oh! Media

Kak Lina Pom Pom Sah Tarik Diri Sebagai Pengacara GV10

Oh! Artis

Kak Lina Pom Pom Sah Tarik Diri Sebagai Pengacara GV10

Pengacara terkenal, Elly Mazlien atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sah undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza. Ala, tak meriahlah GV lepas ni!

ADVERTISEMENT

BACA: Kak Lina Pom Pom Undur Diri Dari GV10 Hanya Gimik? Ini Penjelasan Tuan Badan

Menurut laporan Astro Awani, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi dan perkara ini dikatakan sendiri stesen televisyen Astro dalam satu kenyataan.

Dengan rasa berat hati Astro dan Elly Mazlein ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

Pastinya para peminat Kak Lina Pom Pom masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang.

Bukan tu jer, dirinya juga sempat memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat meneruskan tugasnya bersama Nabil Ahmad dan Jihan Musa bagi mengacara All Stars Gegar Vaganza.

Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya.

Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding.

Bila Kak Lina undur diri ni, mesti ramai yang akan rasa kurang ‘kick’ bila tengok program tu nanti kan? 

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas