Connect with us

Oh! Media

Kak KM Bengang Anak Perempuannya Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby

Kak km anak sindrom ohmedia

Oh! Artis

Kak KM Bengang Anak Perempuannya Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby

Tak baik cakap anak orang macam tu gais… Kak KM dah mengamuk tu sebab ada orang cakap bukan-bukan tentang anak dia.

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meminta individu yang menghina wajah anaknya untuk tampil bersemuka dengannya dan tak jadi pengecut.

Ini selepas tindakan individu terbabit menyamakan wajah anak perempuannya, Rania dengan seorang kanak-kanak OKU dari negara China, Xiao Xiao sudah melampau.

IKLAN

Malah, Kak KM juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ada sesetengah netizen yang meninggalkan komen melampau sehingga boleh menjejaskan emosi Rania.

Image 76

Jangan nak sibuk bercakap tentang anak orang. Saya tahu siapa yang bercakap tu, saya baca setiap komen yang ditulis. Yang pakai fake akaun tu namanya pengecut, kalau berani hina wajah anak saya, hadap saya dulu. Mari kita bersemuka.

Saya nak ingatkan negara kita ada undang-undang. Saya boleh saja nak ambil tindakan saman kepada mereka yang menghina anak saya.

Image 78

Difahamkan, Xiao menghidap sindrom Dobby yang membuatkan seseorang itu mengalami bantut tumbesaran dan mudah tantrum.

Kau bercakap tak pakai akal ke? Lihat dengan mata sendiri, anak saya itu sempurna semuanya. Mereka yang bercakap ini seolah-olah tiada adab. Memang dasar kurang ajar.

Saya memang tak puas hati orang yang bercakap buruk fasal anak saya. Kalau nak bercakap tu biarlah perkara yang elok.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas