Connect with us

Oh! Media

“Kadang-Kadang Terlalu Sibuk Kain Orang, Kain Sendiri Terbuka” – Ali Puteh Tuju Kepada Abby Abadi?

Ali Puteh Abby Abadi

Oh! Artis

“Kadang-Kadang Terlalu Sibuk Kain Orang, Kain Sendiri Terbuka” – Ali Puteh Tuju Kepada Abby Abadi?

Beberapa hari ini, kecoh diperkatakan mengenai kontroversi melibatkan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang dituduh mengganggu rumah tangga orang.

Menerusi satu pendedahan, Marissa Dania didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang sehingga rumah tangga yang dibina hancur.

BACA: “Apa Yang Viral Dan Dikatakan Ada Yang Benar” – Marissa Dania Mengaku Salah

IKLAN

Di Instagram Story, pelawak Ali Puteh memuat naik screenshot laporan portal mengenai Abby Abadi yang sebelum ini dikatakan pernah mengulas isunya bersama Hidayah.

Di sebelahnya pula, Ali memuat naik laporan daripada Berita Harian mengenai isu kontroversi melibatkan anak pelakon itu.

Ali puteh

Tulis Ali, selepas tiga tahun berlalu kini giliran Abby Abadi pula diuji. Dia mendoakan semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga itu.

Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka.

Terdahulu, Marissa Dania Hakim yang dikaitkan dengan isu penyondol mengakui silap dan meminta ibu bapanya tidak dipersalahkan.

Kata Marissa, ibu bapanya sudah memberi didikan terbaik cuma apa yang berlaku adalah pilihannya sendiri.

Kredit: Instagram Ali Puteh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas