Oh! Artis
“Apa Yang Viral Dan Dikatakan Ada Yang Benar” – Marissa Dania Mengaku Salah
Oleh
Susulan isu kontroversi dikatakan menyondol suami orang, anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi mengaku salah.
Dalam satu hantaran Instagram, Marissa Dania berkata apa yang tular dan dikatakan ada yang benar dan ada juga yang tidak benar.


Namun, dia tak berniat untuk mempertahankan diri kepada umum dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ianya hanya akan mengeruhkan keadaan.
Marissa menegaskan adalah tidak adil jika netizen mempercayai sebelah pihak sahaja kerana apa yang dikatakan bukanlah 100 peratus tepat.


Jelas Marissa lagi, apa yang berlaku adalah tanggungjawab dan pilihannya sendiri. Ibu bapanya sudah memberi didikan terbaik termasuklah menasihati dan melarangnya.
Mengenai hubungannya dengan Aslam pula, Marissa berkata cukuplah mereka berdua sahaja yang tahu bagaimana ia bermula dan berakhir.
Terdahulu, tular di aplikasi X seorang wanita dikenali sebagai Umisya Mazlan mendedahkan anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim menjadi punca rumah tangganya hancur.
Pendedahan itu membuatkan orang ramai terkejut kerana Marissa dikenali sebagai seorang gadis yang sopan santun serta cantik. Tambahan pula Marissa baru berumur 18 tahun.
Kredit: Instagram Marissa Dania
