Connect with us

Oh! Media

Jual Sejadah Doa Makbul, DSV Digelar ‘Penunggang Agama’?

sejadah doa makbul dsv

Oh! Artis

Jual Sejadah Doa Makbul, DSV Digelar ‘Penunggang Agama’?

Seperti yang diketahui ramai, usahawan terkenal Dato’ Seri Vida (DSV) sering kali menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan perniagaannya.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, dia kini dikecam kerana mempromosikan sejadah keluaran sendiri dengan menamakan ia sebagai ‘Sejadah Doa Makbul’.

BACA: “Minta Maaf Untuk Apa?” – Dihentam Isu Bendera Putih, Ini Respon DS Vida

Ianya mendapat kritikan ramai kerana mereka menganggap tindakan yang dilakukan oleh usahawan itu sebagai marketing dengan menggunakan agama.

Seorang netizen mempersoalkan tentang nama sejadah tersebut kerana tiada jaminan atau dakwaan bahawa sejadah itu mampu untuk memakbulkan doa seseorang.

Malah ada yang menuduh perbuatan itu sebagai khurafat.

Twitter komen sejadah DSVSehubungan dengan isu tersebut, rata-rata warganet beranggapan bahawa DSV sengaja menggunakan nama tersebut untuk menarik perhatian orang ramai dan sekaligus menjadi ‘marketing’ percuma buat perniagaannya.

Bahkan ‘Sejadah Doa Makbul’ itu hanya diletakkan pada namanya sahaja dan tidak diberikan perincian yang jelas mengapa ia diberi nama sedemikian.

Disebabkan oleh itu, ada segelintir netizen yang melabelkan usahawan itu ‘penunggang agama’ kerana telah mengelirukan pembeli susulan penggunaan nama ‘Sejadah Doa Makbul’.

Sejadah Baru Dato' Seri Vida

Menurut maklumat yang dimuat naik oleh usahawan itu, sejadah berkenaan dijual pada harga RM60 dan RM100 sahaja jika pelanggan membeli dua helai. Malah satu al-Quran akan diinfak sekiranya sejadah itu dibeli secara ‘combo’.

Dalam pada itu, DSV belum lagi memberi sebarang respon berkenaan isu tersebut dan dia terus mempromosikan sejadah itu seperti biasa.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas