Connect with us

Oh! Media

“Minta Maaf Untuk Apa?” – Dihentam Isu Bendera Putih, Ini Respon DS Vida

Trending

“Minta Maaf Untuk Apa?” – Dihentam Isu Bendera Putih, Ini Respon DS Vida

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengundang kecaman selepas memuat naik kenyataan mendakwa orang ramai tidak berusaha memajukan diri dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata.

ADVERTISEMENT

Kenyataan tersebut turut mendapat respon usahawan, Bonda Rozita Ibrahim yang menyifatkan DS Vida tidak sensitif dengan keadaan semasa rakyat yang terjejas akibat pandemik.

BACA: “Bukan Isu Rakyat Malas Kerja” – Bonda Rozita Tegur Kenyataan DS Vida

Ketika dihubungi Harian Metro, DS Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata beliau tidak mempunyai keperluan untuk meminta maaf di atas kenyataan yang dikeluarkannya tempoh hari.

Ini kerana beliau tidak bermaksud menghalang bantuan untuk golongan memerlukan.

Saya nak minta maaf untuk apa? Netizen sebenarnya banyak buat tafsiran sendiri. Banyak komen-komen yang menghentam saya. Ada yang kata saya kaya tapi riak tak nak tolong orang dan macam-macam lagi.

Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata.

Beliau memberi pandangan dari sudut orang berniaga di mana mereka boleh memulakan perniagaan dengan modal yang minima.

Bendera putih ds vida

Katanya, perniagaan boleh dibuat dari rumah atau membuka gerai di hadapan rumah sahaja.

Habis takkan mereka nak duduk saja? Cakap-cakap saya serba tak kena dan orang main hentam walaupun saya buat penjelasan sebenar.

Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih.

Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga?

Beliau turut mempersoalkan bagaimana golongan ini membayar sewa rumah dan bil elektrik jika bantuan yang diterima hanyalah sumbangan makanan.

Disebabkan itu, beliau menggesa orang ramai berusaha mencari pendapatan sampingan seperti berniaga untuk menampung kos sara hidup yang lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas