Connect with us

Oh! Media

“Janganlah Ajar Dia Pelik-Pelik” – Rezeki Ina Naim Makin Melimpah, Tapi Netizen Ada Rasa Bimbang

Ohmedia ina

Oh! Artis

“Janganlah Ajar Dia Pelik-Pelik” – Rezeki Ina Naim Makin Melimpah, Tapi Netizen Ada Rasa Bimbang

Selepas mendirikan rumah tangga, nama Ina Naim sekali lagi menjadi tumpuan netizen. Rezekinya semakin melimpah ruah apabila terlibat sebagai model dalam perniagaan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ina, atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, dilihat bersolek untuk menggayakan koleksi barangan keluaran usahawan terbabit.

Netizen risau, “Jangan sampai hanyut!”

Namun, tidak semua netizen senang hati dengan perubahan ini apatah lagi melihat Ina dan suaminya, Khairul Rizal menggerakkan badan mengikut rentak lagu.

IKLAN

Bagi sesetengah pihak, mereka menyambut baik kemunculan semula Ina yang sebelum ini pernah bergelar penyanyi.

Namun, ada juga yang menyuarakan kebimbangan bahawa ibu kepada empat anak ini mungkin terpengaruh dengan dunia glamor.

“Kekalkan Ina yang sopan dan manis”

Ina Naim

Komen seorang pengguna TikTok yang tular baru-baru ini mencerminkan sentimen tersebut:

“Sikit-sikit bolehlah. Jangan lari jauh sangat daripada landasan. Kekalkan Ina yang sopan dan manis,” tulisnya.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut memberi pesanan tegas kepada Aliff Syukri agar menjaga batas apabila melibatkan Ina dalam kempen pemasaran produknya.

“Janganlah ajar dia benda pelik-pelik. Datuk Aliff jangan rosakkan Ina kami ya, awas!”

Netizen berharap agar kerjasama ini dilakukan secara profesional tanpa mencemarkan imej sopan Ina yang sudah sinonim dengan dirinya sebelum ini.

#OhmediaNasihat

Sudah menjadi lumrah apabila dikenali ramai, setiap tindakan pasti akan menjadi perhatian. Namun, berhati-hatilah dalam melontarkan komen supaya tidak mendatangkan fitnah. Buat Ina, semoga rezeki terus melimpah dan dalam masa yang sama, jangan lupa menjaga keperibadian mulia yang menjadi inspirasi ramai.

Ohmedia ina

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Aliff Syukri


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas