Oh! Artis
JAIP Sahkan Pernikahan Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Sah Ikut Syarak
JAIP sahkan pernikahan Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada 4 November 2021 sah ikut syarak.
Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose menarik perhatian ramai apabila mempertikaikan status perkahwinannya bersama Kamal Adli.
Menurut Uqasha, semasa prosiding penceraian di mahkamah dia mendapat tahu tarikh dan waktu nikah di sijil adalah berlainan dengan tarikh nikahnya yang sebenar.
BACA: “Perkahwinan Itu Sah Jika..” – Pendakwah Jelaskan Isu Tarikh Nikah Uqasha Senrose
Menjawab kepada isu itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tampil memberi penjelasan rasmi.
Dinikahkan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong

Menurut kenyataan JAIP, pernikahan Kamal Adli dan Uqasha Senrose disahkan mengikut syarak berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang.
Pasangan itu dinikahkan pada 4 November 2021 jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, dengan kehadiran wali mujbir pengantin perempuan iaitu bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.
Majlis akad nikah dijalankan dengan persetujuan dan kehadiran wali mujbir pengantin perempuan. Bapa pengantin perempuan mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk menjalankan akad nikah itu.
Sah ikut hukum syarak

JAIP turut menjelaskan bahawa majlis pernikahan tersebut dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ketika itu.
Jabatan ini memperakukan bahawa akad nikah yang berlangsung memenuhi semua rukun nikah dan sah dari sudut hukum syarak.
Pssttt! Dalam situasi macam ni, penjelasan rasmi memang sangat penting supaya tak timbul fitnah atau salah faham. Semoga dengan pengesahan JAIP ini, isu rumah tangga Kamal dan Uqasha dapat diselesaikan dengan tenang dan tidak menjejaskan nama baik kedua-duanya di mata peminat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.