Connect with us

Oh! Media

Isu Gaduh Tarik Rambut Di Restoran, Fyna Jebat Ada Sebab Enggan Ulas Lanjut

Oh! Artis

Isu Gaduh Tarik Rambut Di Restoran, Fyna Jebat Ada Sebab Enggan Ulas Lanjut

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai isu seorang penyanyi yang merupakan isteri kedua bergaduh dengan isteri pertama di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

ADVERTISEMENT

Dilaporkan, pergaduhan berpunca daripada rasa marah apabila isteri pertama berasa tersindir dan mendakwa pernikahan kali kedua suaminya itu berlaku tanpa pengetahuannya.

BACA: Isteri Pertama Dipercayai Tarik Rambut Madu, Punca Gaduh Sebab Kahwin Senyap-Senyap Dan Rasa Tersindir

Terbaru, Media Hiburan melaporkan, penyanyi terkenal Ayda Jebat mewakili adiknya enggan memberikan ulasan lanjut mengenai insiden yang berlaku Isnin lalu.

Serah siasatan kepada polis

Saya mohon maaf, adik saya Fyna enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus jaga dan atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas.

Kata peserta Famili Duo ini lagi, kes ini kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa selepas kedua-dua pihak tampil membuat laporan.

Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon semua orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas