Oh! Artis
Isteri Baim Wong Terbukti Curang, Mahkamah Tolak Tuntutan Nafkah Hampir RM1 Juta
Nampaknya rumah tangga pasangan selebriti terkenal Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhoeven kini benar-benar berakhir dengan penuh drama.
BACA: “Saya Dikhianati Dua Orang Terdekat” – Baim Wong Dedah Isteri Curang Dengan Kawan Baik Sendiri
Selepas disahkan bercerai secara rasmi pada Rabu (16 April 2025), mahkamah memutuskan Paula tidak layak menerima nafkah iddah dan nafkah madhiyah kerana terbukti berlaku curang dalam perkahwinan mereka.
Bekas isteri Baim Wong terbukti nusyuz

Memetik laporan portal Kompas, Mahkamah Agama Jakarta Selatan mendapati Paula terbukti nusyuz iaitu durhaka dan mengkhianati ikatan suci perkahwinan.
Berkaitan dengan pihak ketiga, majlis hakim menyatakan terbukti… dengan demikian majlis hakim menetapkan pihak termohon adalah isteri yang nusyuz, isteri derhaka, tidak menjaga kehormatan sebagai isteri, mengkhianati hubungan suci suami isteri.
Jurucakap mahkamah, Suryana berkata, dalam perbicaraan Paula menuntut nafkah madhiyah sebanyak Rp100 juta (kira-kira RM30,000) sebulan, dengan jumlah keseluruhan mencecah Rp800 juta (sekitar RM240,000) bagi tempoh lapan bulan selepas perpisahannya.
Gagal tuntut nafkah iddah dan nafkah madhiyah

Tidak cukup dengan itu, dia juga menuntut nafkah iddah sebanyak Rp200 juta (sekitar RM60,000) sebulan untuk tempoh empat bulan, menjadikan jumlah keseluruhan Rp600 juta (RM180,000).
Namun kesemua tuntutan yang dibuat Paula telah ditolak oleh mahkamah kerana didapati bersalah nusyuz.
Paula hanya menerima nafkah mut’ah sebanyak Rp1 bilion (anggaran RM300,000) sebagai pampasan perceraian, yang merupakan bantuan kewangan kepada isteri selepas diceraikan mengikut hukum Islam.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM