Oh! Artis
Instagram Norish Karman Digodam, Pengguna Tak Dikenali Ugut Wang Tunai
Pelakon tanah air, Norish Karman, telah memaklumkan bahawa akuan Instagramnya telah dogodam dan dia turut diugut oleh seorang individu tidak dikenali melalui kiriman aplikasi WhatsApp awal pagi tadi.
Norish Karman atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman memuat naik sebuah hantaran di Instagram (IG) baru miliknya memaparkan perbualan dia dengan individu tersebut.
Melalui hantaran di Insta Story, individu tersebut memiliki Instagram milik Norish Karman dan berjanji akan memulangkan kembali akaun itu tetapi Norish perlu membayar sejumlah wang tunai atau individu tersebut akan bertindak menjual akuan itu kepada orang lain.
Saya menerima mesej WhatsApp daripada pembeli akaun IG saya yang dijual oleh penggodam. Jika saya tidak memberi wang, akaun IG saya akan dijual kepada pembeli lain.
Norish yang tertekan dengan situasi itu tampil meminta pertolongan daripada orang ramai yang tahu cara bagaimana untuk mendapatkan akuan Instagramnya kembali agar segera menghubunginya.
Saya dengan rendah diri meminta pertolongan kepada sesiapa yang boleh dapatkan semula IG saya, boleh direct message (DM) IG saya @norishkarman dengan segera. Terima kasih.

Melihat kepada cara percakapan individu tersebut, ia dilihat seperti bukan berasal daripada ‘Malaysia’ oleh sebab pengguna bahasa baku serta ayat seperti menggunakan terjemahan google serta nombor WhatsAppnya yang berbeza.
Pada Februari lalu, akaun IG Norish @thenorishkarman yang mempunyai pengikut sebanyak 90,000 telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai cara Norish cuba untuk mendapatkan akaunnya semula tetapi gagal.
Kredit: Utusan Harian, Norish Karman
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM