Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew

Oh! Tidak

Terkini Mengenai Kes Gangguan Seksual Melibatkan Ebit Lew

Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah bebas, Ebit Lewmemberitahu Mahkamah Majistret bahawa mesej WhatsApp yang telah dipadam antara pengadu dan tertuduh tidak dapat dipulihkan.

Menurut laporan Harian Metro, ianya berdasarkan analisis terhadap dua kad SIM milik pengadu dan satu milik Ebit Lew dan perkara ini disahkan sendiri Ketua Divisyen Perkhidmatan Teknologi Responsif CyberSecurity Malaysia, Mohd Zabri Adil Talib.

IKLAN

Jika mesej WhatsApp telah dipadam, ia tidak dapat dikesan semula kerana kekangan teknologi yang ada pada masa kini.

Telefon bimbit Ebit Lew tiada aplikasi WhatsApp

ebit lew

Saksi ke-15 juga memaklumkan bahawa analisis hanya dapat dilakukan terhadap telefon bimbit pengadu sebab telefon bimbit milik Ebit Lew tidak mempunyai aplikasi WhatsApp.

Walau bagaimanapun, sejarah komunikasi WhatsApp antara pengadu dan tertuduh dapat dikesan melalui telefon pengadu. Analisis digital ini dijalankan atas permintaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Latar belakang kes

Ebit Lew

Ebit Lew menghadapi 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah melalui WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani akan bersambung pada 11 hingga 14 Mac 2025.

#OhmediaNasihat

Kes seperti ini menunjukkan pentingnya menjaga komunikasi digital dengan penuh beretika. Ingatlah, setiap tindakan di alam maya mempunyai kesan di dunia nyata. Elakkan berkongsi perkara tidak bermoral dan hormati privasi serta maruah orang lain.

Ebit Lew

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas