Connect with us

Oh! Media

“Inilah Kerja Yang Selamatkan Saya Ketika PKP” – Danny X-Factor Dedah Tak Malu Jadi Pemandu Grab

Oh! Artis

“Inilah Kerja Yang Selamatkan Saya Ketika PKP” – Danny X-Factor Dedah Tak Malu Jadi Pemandu Grab

Penyanyi dan pelakon kacak, Danny X-Factor, mendedahkan bahawa dia tidak pernah malu bahkan lebih suka dengan kerjaya barunya iaitu sebagai seorang pemandu Grab.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Malu Berniaga, Gerai Buah Azlee Senario Laku Sejak Viral

Danny yang ditemui Berita Harian mendedahkan bahawa sudah lima tahun dia menjadi pemandu Grab dan pekerjaan itulah yang membantunya meneruskan kelangsungan hidup sepanjang era pandemik COVID-19.

Saya buat semua kerja, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan banyak lagi. Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang.

Sebenarnya, saya bekerja pemandu Grab sejak 2017. Inilah kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari.

Tambah pelakon berusia 42 tahun itu lagi, dia sangat selesa dan seronok bekerja sebagai pemandu Grab kerana merasakan pekerjaan itu lebih menyenangkan hatinya.

Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.

Bayangkan, ketika penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya mahu memandu Grab.

Namun, saya berehat sekejap daripada memandu Grab kerana sibuk dengan lakonan dan kerja lain dalam industri seni. Alhamdulillah.

Kini, Danny memaklumkan bahawa dia lebih aktif kerja di belakang tabir sebagai pembantu penerbit dan akan tampil dengan filem baharu berjudul Janna Endoro.

Untuk info, Danny merupakan salah seorang ahli kumpulan X-Factor yang turut dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas