Connect with us

Oh! Media

Sifat Panas Baran Dalam Diri Caprice Berpunca Dari Penyakit?

Oh! Artis

Sifat Panas Baran Dalam Diri Caprice Berpunca Dari Penyakit?

Penyanyi Rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sebelum ini dimasukkan ke hospital selepas seakan-akan mengalami serangan jantung dan merasai seperti diserang angin ahmar.

ADVERTISEMENT

Sehingga hari ini Caprice masih menerima rawatan dan dipantau di pusat perubatan atas saranan doktor selama 1 minggu.

Hasil pemeriksaan doktor, Caprice dimaklumkan mengalami penyakit hipertiroid. Penyakit inilah yang membuatkan perubahan emosi tidak menentu dan seseorang akan cepat baran.

Siapa sangka perasaan dan emosi bercampur baur serta baran yang selama ini disangkakan berpunca daripada ‘anxiety’ rupa-rupanya kesan dari hipertiroid.

Insya-Allah saya boleh menghadapi perkara ini. Saya berharap dapat pulang secepat mungkin, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu. – Kata Caprice.

Hipertiroid atau hipertoroidisme adalah penyakit di mana kadar hormon tiroid terlalu tinggi di dalam tubuh. Seseorang akan mengalami jantung berdebar, tangan menggeletar. Berat badan juga akan turun secara mendedak jika tidak mendapatkan rawatan.

Apapun kita doakan kesihatan Caprice dan kembali sihat untuk berkongsi dengan kita ulasan isu semasa.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top