Connect with us

Oh! Media

Joe Flizzow Sedia Berkolaborasi Dengan Malique, Kalau Kena Bayar Pun Tetap Jalan!

Too Phat

Trending

Joe Flizzow Sedia Berkolaborasi Dengan Malique, Kalau Kena Bayar Pun Tetap Jalan!

Desas-desus mengenai kemunculan semula Malique semakin hangat diperkatakan, dan peminat mula tertanya-tanya adakah Too Phat bakal bersatu kembali.

Menurut laporan mStar, penyanyi rap Joe Flizzow, tidak menolak kemungkinan untuk berkolaborasi semula dengan Malique, tetapi menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepada sahabat baiknya itu.

IKLAN

Insya-Allah kita doakan. Jika Malique mendengar apa saya katakan ini, ia terpulang kepada kamu bro. Keputusan di tangan kamu. Saya sentiasa bersedia.

Malah, Joe menegaskan bahawa dia tidak kisah mengenai bayaran jika berpeluang bekerjasama dengan Malique.

Saya terbuka berkolaborasi dengannya, bayar RM1 pun saya akan lakukan. Malah, kalau saya sendiri yang kena bayar pun, saya tetap akan buat!

Joe Flizzow dedah Too Phat banyak terima tawaran persembahan

Joe mendedahkan bahawa sejak Malique membuka akaun Instagram, banyak pihak penganjur mula menawarkan persembahan untuk Too Phat.

Saya dapat banyak tawaran untuk buat persembahan bersama Malique. Kalau saya nak cakap jumlahnya, memang tinggi nilainya.

Tapi saya selalu cakap, wang bukan segala-galanya. Mungkin ada penganjur fikir bayaran tinggi boleh mempengaruhi keputusan saya, tapi ia lebih daripada itu.

Peminat hip-hop rindukan Malique

Bila ditanya mengenai kemunculan semula Malique, Joe enggan membuat sebarang andaian kerana mereka masih belum berhubung.

Namun, dia mengakui bahawa peminat hip-hop di Malaysia memang merindui kehadiran Malique dalam industri.

Saya rasa itu satu perkara istimewa untuk dunia hip-hop kerana kita rindukan kehadirannya dan suaranya.

Dia pun dah keluar dengan beberapa lagu dengan artis baru sebelum ini. Kita sama-sama nantikan apa yang bakal berlaku.

#ApaKataOhmedia

Too Phat adalah legenda dalam dunia hip-hop Malaysia. Jika benar Malique mahu kembali, pasti ramai yang teruja! Apa pendapat korang, adakah kita akan melihat Too Phat bersatu semula dalam masa terdekat?

Too Phat

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas