Connect with us

Oh! Media

“Ibu Mesti Tersenyum” – Shuib Luah Rasa Bangga, Uwais Juara Kejohanan Golf ‘Junior’

Shuib

Oh! Artis

“Ibu Mesti Tersenyum” – Shuib Luah Rasa Bangga, Uwais Juara Kejohanan Golf ‘Junior’

Baru-baru ini, anak kepada Shuib, Uwais telah menyertai sebuah kejohanan Golf terbuka Junior yang berlangsung selama dua hari di Palm Resort, Putrajaya.

BACA: “Anak-Anak Sangat Perlukan Dia Dari Kami” – Respon Sepahtu Bila Akhirnya Shuib Datang

Sebelum menyertai kejohanan tersebut, Uwias yang ditemani oleh bapa serta datuknya, Raisuddin Hamzah telah menjalankan pelbagai latihan serta turut mengupah seorang tenaga pengajar.

IKLAN

Menerusi perkongsian Shuib di laman Instagram, anaknya telah menunjukkan skill yang terbaik serta sempat membuatkan orang sekeliling bangga terhadap permainannya.

Difahamkan, sebab utama Shuib ingin anaknya itu berjinak-jinak dalam sukan tersebut oleh kerana melihat bakatnya sejak dari kecil selain turut ingin menunaikan hasrat isterinya, Allahyarham Siti Sarah sejak sekian lama.

Uwais juara kategori 10 tahun, Shuib zahir rasa bangga

Bagaimanapun, usai sahaja selama dua hari kejohanan, sudah pasti saat paling mendebarkan adalah untuk mengetahui siapa yang bakal menjadi juara.

Siapa sangka, rezeki akhirnya berpihak kepada Uwais selepas diumumkan sebagai juara bagi kategori 10 tahun dalam sebuah majlis penyampaian hadiah baru-baru ini.

Lebih mengharukan, Shuib yang berasa sebak sempat mengaitkan nama isterinya yang pasti akan berasa bangga jika melihat pencapaian anaknya, lebih-lebih lagi ia merupakan impiannya sejak dari dahulu lagi.

Alhamdulillah Champion utk kategori 10 tahun, tahniahhh Wais! Percaya daddy. Ibu pasti sangat-sangat bangga. Ibu yang nak sangat Wais jadi golfer sayang. Harini dia senyum tengok Wais menang. 

Dalam pada itu, Shuib juga sempat mengucapkan sekalung penghargaan kepada bapa mertuanya kerana selalu membawa Uwais ke padang golf untuk berlatih.

Menjengah pada ruangan komen pula, rata-rata netizen serta beberapa selebriti tempatan juga turut mengucapkan tahniah kepada anaknya itu yang berjaya meraih gelaran pada usia muda.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta jumlah tontonan serta mendapat 203,112 tanda suka.

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas