Connect with us

Oh! Media

watie

Oh! Artis

“Harta Arwah Elok Tersimpan Rapi Untuk Anak-Anaknya, Mummy Tak Sentuh” – Isteri Shuib

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Watie, tampil menjelaskan tuduhan yang dibuat seorang individu di TikTok.

Individu terbabit dipercayai mempertikaikan gaya hidup serta pakej umrah mewah yang diambil Shuib sekeluarga baru-baru ini.

IKLAN

Isteri Shuib, Watie tampil jelaskan perkara sebenar

Tak mahu keadaan berlarutan, Watie menjelaskan hal sebenar selepas menyedari ada pihak membuat tuduhan tanpa asas sehingga mengaitkan umrah dengan isu syarikat Shuib.

Difahamkan, kos umrah baru-baru ini ditanggung oleh Watie sendiri. Watie bersyukur dia diberikan rezeki yang tidak pernah putus hasil menjaga anak-anaknya.

shuib

Tambah Watie lagi, ramai dalam kalangan isteri sanggup berhabis wang ringgit demi kebahagiaan rumahtangga, begitu juga dirinya.

Namun, dia berharap netizen berhenti membandingkan gaya hidupnya dengan arwah isteri Shuib, Siti Sarah.

Yang mana komen dan risau tu, insha Allah harta arwah elok tersimpan rapi untuk anak-anaknya. Mummy tak sentuh. Hopefully sama-samalah kita menjaga kata-kata.

Watie mengakui perbandingan yang dibuat sedikit sebanyak mengganggu kesihatan mentalnya. Dia perlu berada dalam keadaan tenang untuk membesarkan anak-anak.

#OhmediaNasihat

Setelah sekian lama berdiam, kesabaran seseorang boleh terusik juga disebabkan tuduhan yang tidak benar. Diharapkan penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan supaya tiada lagi fitnah yang tersebar.

watie

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Watie


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas