Connect with us

Oh! Media

“Anak-Anak Sangat Perlukan Dia Dari Kami” – Respon Sepahtu Bila Akhirnya Shuib Datang

Oh! Artis

“Anak-Anak Sangat Perlukan Dia Dari Kami” – Respon Sepahtu Bila Akhirnya Shuib Datang

Kemunculan Shuib sebagai cameo di penghujung episod Sepahtu Reunion Live benar-benar membuatkan penonton tersentuh.

ADVERTISEMENT

Mana tidaknya, Shuib sempat memberi pick-up line kepada rakan-rakan Sepahtu mengenai makna persahabatan erat mereka berempat.

BACA: Suasana Penuh Hiba, Kehadiran Shuib Dalam Episod Akhir Sepahtu Reunion Buat Netizen Sebak

Menerusi perkongsian video di TikTok, Pak Ya dilihat bergenang air matanya ketika menggambarkan perasaan melihat kemunculan Shuib walaupun seketika.

Jelas perasaan rindu Pak Ya kepada sahabatnya itu sehingga dia tidak mampu berkata-kata.

@bukan_kenit

Reply to @jebatdahaga #fyp #fypシ #sepahtureunionlive2021

♬ Orange – 7!! – Slowed – Kaori Miyazono & Underwater

Sementara itu, Rahim berkata melihat Shuib merupakan satu kepuasan yang tidak dapat dibayangkan. Bagi Jep pula, perasaan yang dirasainya tidak dapat dizahirkan di luar. Dia sama sekali tidak berasa sedih tetapi seronok bila Shuib datang.

Masing-masing ada pilihan masing-masing. Cuma kita memang nak dia ada. Tapi kita dah bincang, dia berhak memilih mana dia perlu utamakan. Pada saat ini anak-anak sangat memerlukan dia daripada kami.

Ujar Jep lagi, sebagai kawan Sepahtu sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dibuat Shuib untuk kehidupan dan masa hadapannya.

Video kemunculan Shuib

@adiatulhazmira1181

Reply to @eleenaismail Semoga terubat rindu peminat @shuibsepahtu

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Kredit: TikTok @bukan_kenit

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas