Connect with us

Oh! Media

“Ibu Di Syurga” – Klip Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah Undang Sedih

anak shuib

Oh! Artis

“Ibu Di Syurga” – Klip Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah Undang Sedih

Setelah sehari pemergian Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu terus mengingati arwah isterinya itu dengan memuat naik pelbagai video ingatan di laman media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: 300 Orang Solat Jenazah Ghaib Di Masjidil Haram Khas Untuk Siti Sarah

Malah lelaki itu turut berkongsi momen dia memberitahu kebenaran mengenai nasib Siti Sarah kepada anak-anaknya menerusi sebuah klip berdurasi 8 minit di laman Instagram milik arwah baru-baru ini.

Seperti yang dimaklumkan oleh lelaki itu kelmarin, dia masih belum memberitahu perkara tersebut kepada anak-anaknya selepas arwah isterinya selamat dikebumikan.

Klip tersebut bermula dengan anak sulung mereka yang terlihat sebuah video di laman penstriman popular yang bertajuk ‘Anak-Anak Belum Tahu Ibu Sudah Tiada’ dan menanyakan kebenaran hal tersebut kepada ayahnya.

Shuib kemudiannya dilihat tenang mengumpulkan ketiga-tiga anaknya di ruang tamu sebelum menyampaikan mengenai kenyataan yang berat itu.

Ibu tak akan balik dah, ibu dah tak ada tau. Kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga.

Sejurus selepas mendengar penjelasan Shuib, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dilihat menangis teresak-esak sambil mendakap ayah mereka.

Allah terlalu suka dengan ibu, jadi Allah ambil. Allah terlalu sayangkan dengan ibu sebab ibu baik.

siti sarah

Dalam pada itu, Shuib turut berpesan kepada anak-anaknya supaya menjadi solehah, pandai mengaji, baik, suka bersedekah dan mendengar kata. Selepas dipujuk, mereka sepertinya faham mengenai pesanan yang dititipkan itu.

Video berkenaan nyata mengundang sebak netizen terutamanya apabila melihat ketabahan Shuib berkongsi berita berkenaan. Bahkan ramai netizen dan juga rakan selebriti lain yang turut mendoakan agar mereka kuat dan menjadi anak yang solehah.

Semoga Shuib dan anak-anak terus tabah menghadapi ujian ini dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas