Connect with us

Oh! Media

Shuib Ubi Akui Sepahtu Reunion Adalah Karya Terbaiknya, Bagi ‘Hint’ Kembali Semula?

Shuib sepahtu reunion ohmedia

Oh! Artis

Shuib Ubi Akui Sepahtu Reunion Adalah Karya Terbaiknya, Bagi ‘Hint’ Kembali Semula?

Pelawak Shuib kembali dalam rancangan Sepahtu Reunion? Itulah harapan yang disuarakan Shuib untuk kembali beraksi bersama rakan-rakan seperjuangan lamanya jika diberikan peluang.

Shuib menyuarakan hasratnya itu ketika podcast bersama Borak Kaypoh, di mana dia bersedia untuk bersama kembali dalam Sepahtu Reunion jika itu adalah ketentuan yang telah ditulis.

Kehidupan ini penuh dengan kejutan, kita tak tahu. Keputusan yang saya buat dulu mungkin saya rasa ianya adalah keputusan yang mutlak dan betul tapi saya tak tahu ke depan apa yang Allah nak sajikan untuk saya.

Jadi saya akan menerima apa yang Allah sajikan untuk saya. Selagi mana benda itu saya rasa ada kebaikan untuk saya dan mungkin Allah berkehendak begitu, saya akan ikut.

Shuib akui Sepahtu Reunion adalah karya terbaiknya…

Image 82

Dalam pada itu, Shuib turut mengakui bila dia sendiri, apa yang dilakukan tak menjadi dan merasakan apa yang dilakukan dalam Sepahtu adalah yang terbaik.

IKLAN

Kalau katakan suatu hari saya ada di Sepahtu Reunion balik. Saya mungkin akan rasa seronok. Saya ada dalam industri sudah 12, 13 tahun. Saya rasa itu adalah buah tangan atau karya yang terbaik pernah saya ada.

Bila saya sendiri, saya tahu tak menjadi. Tempang juga nampaknya. Saya terima kenyataan itu.

Gandingan duo Jep dan Shuib sememangnya satu magis yang cukup berjaya menghiburkan seluruh rakyat Malaysia. Kita doakan yang baik-baik semoga Sepahtu Reunion dapat bersama sepertu dulu.

Kredit: YouTube Borak Kaypoh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas