Connect with us

Oh! Media

Kenyataan Shuib Mengenai Kes Caruman Pekerja Undang Kritikan Netizen

shuib ubi

Trending

Kenyataan Shuib Mengenai Kes Caruman Pekerja Undang Kritikan Netizen

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui kesilapannya selepas Mahkamah Majistret mengenakan denda sebanyak RM17,500 atas tujuh pertuduhan, termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak dua tahun lepas yang melibatkan syarikat Bubblebee Sdn. Bhd..

Usahawan itu juga menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggapnya sebagai satu pengajaran yang amat berharga.

IKLAN

Menurut laporan Kosmo, Shuib menyedari kepentingan memastikan kebajikan pekerja sentiasa dijaga, dan beliau berjanji akan lebih berhati-hati dalam menguruskan hal-hal penting seperti ini.

“Pengajaran untuk lebih peka,” – Shuib Sepahtu

Menurut Shuib, tindakan undang-undang ini menjadi peringatan kepadanya sebagai majikan agar tidak mengambil mudah tanggungjawab terhadap pekerja. 

Shuib turut berkongsi bahawa cabaran ini adalah sebahagian daripada asam garam dunia perniagaan.

Insya-Allah, apa yang berlaku membuatkan kami selaku pengurusan tertinggi lebih peka dan akan melaksana tanggungjawab dengan lebih baik.

Kritikan netizen terhadap tunggakan caruman

Di ruangan komen satu hantaran di aplikasi X, rata-rata netizen memberikan kritikan terhadap tindakan Shuib yang gagal membuat caruman PERKESO. 

Ramai yang berasa kecewa selain mengingatkan Shuib agar lebih teliti dalam urusan yang melibatkan kebajikan pekerja.

Bayaran ansuran dibenarkan bagi tunggakan PERKESO

Selain denda, mahkamah turut memerintahkan Shuib menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. 

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah memberikan kelonggaran kepada Bubblebee Sdn. Bhd. untuk membuat bayaran tunggakan secara ansuran sebanyak enam kali.

#OhmediaNasihat

Sebagai majikan, menjaga kebajikan pekerja adalah amanah penting. Setiap sen caruman yang dibayar bukan sahaja memberikan perlindungan sosial, tetapi juga menunjukkan tanggungjawab dan keprihatinan majikan terhadap kesejahteraan pekerja. 

Jangan ambil mudah soal ini, kerana setiap langkah yang diabaikan boleh mendatangkan akibat besar. Belajar dari kesilapan Shuib ini untuk sentiasa lebih peka dan bertanggungjawab dalam urusan perniagaan.

shuib ubi

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas