Oh! Artis
Hantaran Terbaru Adira Suhaimi Buat Netizen Rasa Kurang Senang Kali Ini
Penyanyi, Adira Suhaimi memuat naik satu hantaran terbaru di media sosial telah mengundang rasa kurang senang netizen kali ini. Dah kenapa tu?
BACA: “Mentang-Mentang Ami Senyap” – Hantaran Terbaru Adira Suhaimi Undang Tanda Tanya
Menerusi Tiktok, Adira berkongsi satu video menunjukkan dirinya sedang berguru dengan pempengaruh sensasi, Andika Putera.
Kalau korang tengok video itu, nampaklah yang penyanyi itu sedang fokus melihat penerangan diberikan Andika yang menulis info di papan putih.
Sesi one to one dengan Andika Putera.
Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan penyanyi itu yang menjadikan Andika sebagai gurunya.
Walau bagaimanapun, Adira tampil memberi respon balas yang ditinggalkan salah seorang individu di komen dengan mengatakan yang dirinya hanya berniat untuk tambah ilmu sahaja.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok Adira Suhaimi
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM