Oh! Artis
“Hang Tak Sedar Ke Dunia Nyata Pun Terbawa-Bawa” – Sharnaaz Ahmad Tegur ‘Content’ Takut Bini
Sharnaaz Ahmad tegur trend content takut bini, beri nasihat agar jangan terbawa watak ke dunia nyata hingga rosakkan rumah tangga.
Dalam dunia media sosial hari ini, semakin ramai yang berlumba-lumba membuat content lucu demi views.
Namun, pelakon Sharnaaz Ahmad kurang senang dengan content memaparkan suami takut isteri. Ujarnya, apa yang dilakonkan itu dibimbangi terbawa ke dunia nyata dan boleh jadi punca keruntuhan rumah tangga.
Nasihat Sharnaaz Ahmad kepada content creator
Kadang-kadang, isteri tak sedar pun cara layanan terhadap suami adalah ‘biadap’ seperti watak yang dilakonkan.
Menurut Sharnaaz, dia bukan nak marah atau menyekat kreativiti, malah dia sendiri enjoy tengok video lawak dan hiburan.
Tetapi apabila sampai tahap suami jadi takut sangat kepada isteri demi content, itu dah jadi satu pengaruh negatif dalam perkahwinan.
“Kita bukan takut bini, kita kena hormat”

Sharnaaz dengan tegas menyatakan yang wanita memang sangat penting dalam kehidupan lelaki, tapi bukan alasan untuk ‘berlakon takut’ sampai jadi budaya.
Hang tak sedar ke dalam dunia nyata pun hang akan terbawa-bawa benda tu. Dan itu cara hang akan bercakap dengan suami hang.
Kita bukan takut bini, kita respect dia… tapi kalau dah buat content terketaq-ketaq bila bini nak cakap. Dia siapa? Dia seorang wanita saja.
Sharnaaz juga berpesan bahawa dalam perkahwinan, kalau suami mula rasa takut dan bukan hormat, pasti akan timbul masalah.
Pssttt! Sharnaaz Ahmad berjaya membuka mata ramai dengan teguran ikhlasnya. Dalam kita kejar views dan likes, jangan sampai rosakkan hubungan sebenar.
Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
HIV Bukan Hukuman Mati, Stigma Lebih Bahaya Dari Virus | Oh! Podcast Ep20
OH! MEDIA 23/12/2025 8:31 PM