Connect with us

Oh! Media

“Halal Haram Letak Tepi” – Influencer Kata Ibunya Okay Je Bila Buat Lesung Pipit Palsu

influencer

Oh! Artis

“Halal Haram Letak Tepi” – Influencer Kata Ibunya Okay Je Bila Buat Lesung Pipit Palsu

Tidak salah sebenarnya kalau kita nak buat rawatan atau perubahan pada wajah mahupun badan jika alasannya demi kesihatan tapi kalau buat perubahan tanpa alasan munasabah, ia salah.

ADVERTISEMENT

Itulah antara teguran yang diterima seorang influencer, Shahirfan Zamri yang berkongsi kepada umum ketika dirinya menjalani proses membuat lesung pipit di pipi.

Shahirfan mendakwa dia bersetuju untuk membuat perubahan pada wajahnya itu selepas menerima tawaran reviu daripada sebuah pusat kecantikan di Puchong.

Selagi tak libatkan nyawa tiada masalah…

Memetik laporan mStar, pemuda itu turut mahu meyakinkan penonton untuk turut mencuba perkhidmatan terbabit.

Sebagai orang yang buat reviu, saya pun kena buat, barulah orang percaya. Kalau setakat cakap je, orang tak percaya.

Mama positif je. Dia tahu anak dia buat reviu untuk tunjuk pada orang. Selagi tak melibatkan nyawa, tiada masalah.

@shahirfan1994

Sini boleh buat kening, merahkan bibir dan buat rambut. Nak raya dah ni korang serbu tau #salonpuchong #srbeautycare #fyp

♬ No Comment – Bunda Corla

Dia bagaimanapun mengakui terima banyak teguran dari netizen kerana tindakannya dianggap melanggar hukum agama dan mengubah ciptaan Allah.

Yang berkaitan hukum tu, memang saya ada baca. Komen yang baik atau buruk, saya terima seadanya. Sebab benda tu tak boleh buat, jadi saya terima dengan hati terbuka.

Jadikanlah perkara ini sebagai pengajaran, jika tidak pasti tentang hukum sesuatu perkara, dapatkanlah nasihat dari pakar agama.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas