Connect with us

Oh! Media

Gerard Pique Kantoi Curang, Bakal Berpisah Dengan Shakira Selepas 11 Tahun

Oh! Artis

Gerard Pique Kantoi Curang, Bakal Berpisah Dengan Shakira Selepas 11 Tahun

Hubungan di antara pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique dan penyanyi, Shakira dilaporkan seperti telur dihujung tanduk selepas 11 tahun bersama.

ADVERTISEMENT

BACA: Kalah Saman, Amber Heard Enggan Bayar Ganti Rugi, Nak Buat Rayuan Di Mahkamah

Menurut Daily Star, Gerard Pique dan Shakira dilaporkan hampir berpisah selepas pemain pertahanan Barcelona itu didakwa menjalinkan hubungan bersama wanita lain di atas katil.

Dilaporkan juga bahawa pasangan itu sudah tidak duduk sebumbung sejak beberapa minggu selepas Pique dihalau keluar daripada rumah oleh penyanyi pop asal Colombia itu.

Laporan lanjut mendakwa bahawa pemain antarabangsa Sepanyol itu sering mengunjungi kelab malam bersama rakan sepasukan, Riqui Puig dan sekumpulan yang lain serta sering pulang ke rumah pada awal pagi.

Walaupun kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang ulasan mengenai perkara ini, wartawan El Periodico Emilio Pérez de Rozas mengatakan bahawa dia yakin pasangan itu akan berpisah.

Untuk info, Shakira dan Pique telah menjalinkan hubungan sejak tahun 2011 selepas mereka bertemu di set video muzik bagi single lagu ‘Waka Waka’ menjelang Piala Dunia 2010.

Mereka juga mempunyai dua anak bersama, walaupun mereka tidak pernah mengikat hubungan mereka secara sah sebagai suami dan isteri.

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas